Pameran & Jualan Di Booth 'Kenali Linggi' Sempena Konvokesyen USIM Kali Ke-18
7 November 2015 | Aktiviti Terkini
Jumaat, 6 November 2015 – Sempena dengan Konvokesyen Ke-18 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai Negeri Sembilan, Pusat Ekonomi Digital Linggi telah dijemput untuk turut serta memeriahkan dan menyertai booth di sana. Oleh itu, PI Linggi telah berkerjasama dengan beberapa orang usahawan yang terdapat di Linggi serta JKK Masjid Linggi untuk membuka booth 'Kenali Linggi'. Antara usahawan yang terlibat ialah Butik Batik Linggi yang menjual kraftangan dari batik lukisan tangan, Suzy Scarf yang menjual pelbagai jenis hijab, Persatuan Wanita Linggi menjual Sos Cili dan Usahawan Makanan yang menjual pelbagai kuih tradisional seperti Kuih Kesirat, Olen-Olen, Kuih Bakar dan banyak lagi. Booth yang dibuka selama 3 hari dari pukul 9.00 pagi hingga ke 6.00 petang ini turut disertai oleh JKK Masjid Linggi yang mempamerkan kitab-kitab ilmu lama seperti fiqh, nahu, muamalat, tauhid, tafsir dan lain-lain. Ianya adalah khazanah warisan ilmu Islam dari Linggi di mana Masjid Linggi adalah merupakan masjid kedua tertua di Negeri Sembilan. Pameran ini paling mendapat perhatian sehinggakan pihak USIM berminat untuk membuat kajian tentang kitab-kitab lama ini. PI Linggi juga mengambil peluang ini dengan mengedarkan brosur tentang PI dan Kempen Klik Dengan Bijak, iaitu Panduan Melayari Internet. Selain dapat memperkenal dan mempromosikan PI Linggi kepada warga USIM, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada orang ramai dan warga USIM khususnya golongan pelajar tentang ancaman dan bahaya yang terdapat di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: